PAKAR SULAMAN BERKOMPUTER, PUSAT JUALAN DAN SERVICES KOMPUTER, PERKHIDMATAN SEWA BILIK SEMINAR/KURSUS DAN KATERING.
Selamat Datang ke Laman Blog BINNIEZAM GROUP Sekiranya Anda Berminat Untuk Melanggani iklan di Blog Ini Sila Hantarkan Butiran Yang diperlukan, Kos Iklan Serendah RM1.00/Sehari. Kami Juga Sedia Menyediakan Blog Untuk Syarikat,Persatuan dan Individu dengan Kos Yang Berpatutan.

WWW YOUR DOMAIN NAME

Pengarah Urusan

Pengarah Urusan

Empayar Niezam Group

Empayar Niezam(JM0581055-W)
Znic Creative Center(JM0310177-D)
Elltezam Creative Services(JM0533147-T)
Empayar Ellis(JM0650179-k)
MyHazim Enterprise(JM0662223-V)

50 Fakta Menarik ,Kisah dan Perinsip Hidup TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY

ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA-semoga ianya dapat memberi teladan dan inspirasi buat kita semua dalam memajukan diri dan ummah,InsyaAllah..
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya.SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.

4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan,MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA .

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS,ADA MASA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu.ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN.REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah.ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI.SUDAHLAH TAK MAHU BERUSAHA,APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN UMMAH. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa.APA YANG SAYA TIDAK TAHU SAYA BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN.SAYA TIDAK MALU . Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri.SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI .KITA KENA BERANI KERANA BENAR . Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19.KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini,KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI .Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu.DI KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK,DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG . .

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN . Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA SEMULA . Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.BANYAK ORANG MAHU SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNG JAWAB .

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal.SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT KESILAPAN.TETAPI SAYA INSAF,BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN LAGI . Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN PULA.SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI.HARI INI KITA TOLONG ORANG,ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34.KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA.PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK.JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH . Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38.KEJAYAAN DAN KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA.TETAPI IA BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR.GIGIH ,TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA.SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR .

39.TUHAN MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41.ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI SENDIRI,KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS .

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL JARIAH.SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA NI .Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah,LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48.SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU.SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA.Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN.

Renungan

Syed Mokhtar: Pesanan ibu bawa berkat

PUTRAJAYA 10 Jan. – Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 56, yang diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1429 akan sentiasa mengingati pesanan ibunya, Sharifah Rokiah Syed Abdullah supaya menyumbangkan separuh daripada pendapatannya bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

Beliau berkata, separuh daripada pendapatan pertama ketika membantu bapanya, Syed Nor Albukhary berniaga lembu sebanyak RM1,500 ketika tahun 60-an telah diserahkan kepada ibunya yang kemudian memintanya mengagihkan wang itu kepada 15 keluarga miskin di Alor Star, Kedah.

‘‘Saya guna pesanan ibu itu supaya separuh daripada pendapatan diberikan kepada orang kurang mampu, itulah yang telah memberikan saya keinsafan.

‘‘Malah sampai sekarang, sumbangan kepada 15 keluarga tersebut terus diberikan, kalau yang meninggal dunia diganti dengan orang lain.

‘‘Tuhan sudah memberikan segala nikmat, semuanya saya dah rasa, apa lagi yang kita mahu, maka nikmat itu perlu digunakan bagi faedah kepada orang ramai terutama pelajaran,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis Sambutan Maal Hijrah 1429 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Majlis penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Melalui anugerah tersebut, Syed Mokhtar yang juga Pengerusi Yayasan Albukhary menerima hadiah wang tunai sejumlah RM60,000 yang disumbangkan oleh kerajaan manakala RM20,000 lagi oleh Yayasan Ubaidi.

Perniagaan

Syed Mokhtar yang berasal dari sebuah keluarga Arab Hadhrami kurang berkemampuan di Alor Star kini merupakan ahli perniagaan bumiputera terkaya di negara ini dengan harta bernilai RM4.16 bilion sebagaimana dinyatakan dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes 2007.

Syarikat Kumpulan Albukhary yang dibangunkan oleh beliau kini terbabit dalam beberapa industri utama negara antaranya pengangkutan, logistik, utiliti, automotif, pertahanan, makanan dan perbankan Islam serta kewangan.

Kumpulan tersebut menubuhkan Yayasan Albukhary pada 1996 sebagai sayap kerja-kerja kebajikan dan menyalurkan dana bagi kerja-kerja amal yang kini berkembang sebagai entiti amal global antaranya penubuhan Muzium Kesenian Islam Malaysia dan Program Biasiswa Albukhary.

Sehingga 2006, yayasan tersebut menyumbang hampir RM1 bilion secara langsung kepada usaha kebajikan termasuk menyertai proses membina semula kehidupan pelarian Afghanistan, bantuan mangsa gempa di Pakistan dan Iran serta mangsa bencana tsunami di Aceh, Indonesia.

Selain itu, yayasan tersebut sedang berusaha menubuhkan hospital AIDS di Uganda, membantu kanak-kanak jalanan di Afrika dan merintis program bantuan kemanusiaan bagi mangsa perang di Iraq dan Lebanon.

Menurut Syed Mokhtar, mengenangkan kejayaan yang dicapainya sekarang daripada pesanan seorang ibu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta beliau menyerahkan hadiah wang tunai yang diterimanya itu kepada ibunya.

‘‘Saya tanya pada Pak Lah nak buat apa dengan duit RM80,000 ini, dia kata bagilah kepada ibu kerana dari situlah asal saya,” katanya.

Kejayaan

Syed Mokhtar yang mengakui inilah kali pertama beliau mendedahkan kisah hidupnya kepada media berkata, meskipun telah mengecapi kejayaan, beliau sebenarnya hanya sekadar manusia biasa dan Yang Maha Kaya itu adalah Allah.

‘‘Daripada keinsafan itu, kita cari rezeki macam tidak ada hari esok, saya usahakan sejak dari tahun 60-an dan telah melalui kepayahan dan kesakitan.

‘‘Dan sehingga hari ini syarikat lori dan beras yang merupakan perniagaan awal saya di Kedah masih terus beroperasi.

‘‘Saya adalah anak kelahiran Dasar Ekonomi Baru (DEB), melalui bantuan Mara serta UDA saya mengembangkan perniagaan tetapi melalui proses pahit maungnya dahulu,” katanya.

Jelas beliau, apabila mendapat rezeki yang banyak, ia digunakan untuk kebajikan lebih 67,700 kakitangan Kumpulan Albukhary dan selebihnya bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

Syed Mokhtar berkata, kesempitan kewangan ketika zaman kanak-kanak sehingga tidak mampu membayar yuran peperiksaan menyebabkan beliau kini berusaha membantu pelajar-pelajar kurang berkemampuan untuk mendapat peluang pelajaran.

‘‘Saya bersekolah setakat tingkatan lima tapi tak sempat ambil peperiksaan kerana tidak mampu bayar yuran.

‘‘Jadi, mengenangkan dulu saya tidak ada peluang, bila saya dapat peluang dalam perniagaan saya fikir kena beri peluang pendidikan kepada mereka yang tidak mampu,” katanya.

Katanya, aktiviti kebajikan melalui Yayasan Albukhary diteruskan pula melalui pembinaan Kompleks Albukhary di Alor Star yang berkonsepkan pondok moden dengan dilengkapi masjid, rumah anak-anak yatim dan sekolah.

Selain itu katanya, yayasan tersebut yang dijana oleh syarikat Kumpulan Albukhary turut menyediakan program tuisyen yang sehingga kini telah melibatkan 22,000 pelajar kurang berkemampuan sejak empat tahun lalu.

Tambahnya, pihaknya kini sedang membina Universiti Antarabangsa Albukhary yang dijangka siap penghujung 2009 sebagai tempat pelajar-pelajar cemerlang kurang berkemampuan itu untuk menyambung pelajaran.

‘‘Pelajar-pelajar kurang mampu itu kita beri peluang dengan kita gajikan guru untuk mengajar mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dan alhamdulillah kebanyakannya dapat maju ke depan,” katanya.

Katanya, hasil pesanan ibunya, beliau turut mengembangkan aktiviti kebajikan kepada masyarakat minoriti Islam yang tertindas dan miskin di luar negara dengan membawa pelajar-pelajar miskin tetapi cerdik untuk menyambung pelajaran di sini.

Setakat ini, katanya, seramai 372 orang pelajar dari 47 buah negara minoriti Islam sedang menimba ilmu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di bawah tajaan Yayasan Albukhary.

Yayasan berkenaan juga menaja umat Islam kurang berkemampuan dari segi kewangan bagi menunaikan ibadah haji serta memberikan bantuan pembinaan masjid-masjid termasuk membiayai projek membaik pulih Masjid Negara di ibu negara.

‘‘Usaha membaik pulih Masjid Negara timbul apabila satu malam saya ‘berpusing- pusing’ (meninjau) kawasan sekitar Muzium Kesenian Islam, saya dapati ia terang-benderang tetapi Masjid Negara gelap... macam mana boleh macam ini,” katanya.

===================================================================

Seronoknya dapat berbakti seperti Tan Sri Syed Mokhtar. Turn kita bila lagi? Moga kita semua tak lupa untuk menjadi Dermawan bila sudah bergelar Hartawan nanti. Kita mulakan dulu langkah menjadi Hartawan yang Dermawan di sini

PROFILE SYARIKAT

Senarai Tajuk

A) Pengenalan

B) Sejarah penubuhan

C) Struktur Syarikat

D) Borang-borang Pendaftaran Perniagaan

E) Sijil-sijil Kementerian Kewangan, Bumiputera &
e-perolehan Dan Lesen Felda Holding Berhad.

F) Sijil-sijil Pengarah Syarikat Dan Kakitangan

G) Maklumat Kewangan

H) Alamat dan Pelan Lokasi

PENGENALAN

ZNIC Creative Center adalah sebuah syarikat milikan penuh Bumiputra yang beroperasi di No 1, Pusat Perdagangan, Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor. Syarikat ini di tubuhkan pada Disember 1999 sebagai sebuah syarikat yang terlibat secara langsung dalam perkembangan IT (Cyber Cafes) dan juga membekalkan perkakasan komputer, Kelengkapan Pejabat dan juga perkakasan Photostat. Dan pada tahun 2004 Syarikat telah berjaya mendaftar di Kementerian Kewangan Malaysia dan memegang tafar bumiputera dalam bidang (020101, 020201, 040100, 080200, 080300, 080501, 221502, 020102, 020500, 040200, 130100, 180100, 210104, 210105, 220401, 220402, 220403) Syarikat juga telah berjaya mendapatkan tender-tenter daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Agensi Felda dan lain-lain.

Dalam memenuhi visi dan misi syarikat, syarikat mencuba sedaya upaya untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggannya yang terdiri daripada pelbagai lapisan Masyarakat. Kekuatan yang bergantung kepada tenaga kerja mahir akan terus dipertingkatkan.

Secara umumnya pemilihan ZNIC Creative Center sebagai pembekal dan pembangunan adalah tepat dalam merialisasikan impian kerajaan untuk menigkatkan bidan keusahawanan dikalangan rakyat Malaysia. Janji kami pasti dikota itulah pegangan kami.

PROFAIL SYARIKAT


Nama Perniagaan : ZNIC Creative Center

No Daftar Perniagaan : JM0310177 - D

Alamat Perniagaan : No 1, Pusat Perdagangan,
Felda Air Tawar 2,
81920 Kota Tinggi, Johor.

Tarikh Perniagaan : 23 HB Januari 2000

Modal Berbayar : RM 30,000.00

Bank Berurusan : Bank Islam Malaysia Berhad

Jenis Akaun : Akaun Semasa

No Akaun : 1069010009862

No Telefon : 07-8932560

No Fax : 07-8933667

Email : iezam_a@yahoo.com

Laman Blog : http://binniezam.blogspot.com

PERANCANGAN SYARIKAT

Sebagai satu syarikat yang baru dan berdaya saing syarikat telah menggariskan langkah-langkah yang perlu ditekankan untuk matlamat syarikat untuk menjadi sebuah syarikat yang terulung dalam membekal dan menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.
Pertamanya, syarikat akan memperkemaskan pentadbiran dari masa ke semasaa bagi mewujudkan persekitaran kerja sentiasa berdaya saing. Di samping memperkenalankan kaedah-kaedah berkesan dalam mempertingkatkan kemahiran tenaga kerja sedia ada supaya dapat bersaing bukan sahaja untuk pasaran tempatan malahan untuk pasaran luar.
Kedua, mempertingkatkan dispilin karyawan di samping memberikan galakan terhadap prestasi kerja semasa. Ini akan mempertingkatkan lagi budaya kerja yang sihat dan bermatlamat.
Ketiga, memberikan tumpuan sepenuhnya dalam memenuhi permintaan pelanggan supaya sentiasa berpuashati dengan hasil kerja yang telah di buat. Ini akan memberikan satu kepercayaan yang lebih daripada pelanggan untuk kerja-kerja berikutnya.
Keempat, melibatkan dalam bidang berteknologi tinggi supaya dapat memperluasakan perkhidmatan kepada agensi-angensi kerajaan. Selain itu juga syarikat akan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta serta orang perseorangan.

Dan yang terakhir, syarikat akan memperkembangan perniagaan ke tahap yang lebih luas dengan menekankan kepada menyediakan dan membekalkan keperluan kepada permintaan pelanggan global yang bersifat setempat sahaja. Ini berikutan dengan prospek perniagaan yang sentiasa berkembang dan menawarkan peluang perniagaan yang sihat. Diharapkan semua ini akan dicapai dengan usaha yang gigih tanpa kenal erti jemu di samping dengan sokongan kakitangan yang berwawasan.

STRUKTUR SYARIKAT.

Struktur syarikat merangkumi tiga bahagian utama, iaitu bahagian pengurusan dan pembekalan, bahagian computer, system maklumat dan Sub Kontraktor Pembinaan.

Bahagian Pengurusan merangkumi hal-hal pengurusan syarikat supaya lebih tersusun dan teratur. Bahagian ini juga menguruskan bahagian kewangan syarikat.

Bahagian Komputer dan Sistem maklumat terlibat dalam menyediakan dan menjalankan kerja-kerja berkaitan membekalkan perkakasan, membangun perisian dan juga kerja-kerja yang melibatkan pembekalan komputer. Bahagian juruteknik menyediakan perkhidmatan baik pulih komputer. Tenaga pengajar untuk kelas komputer.

A) Lesen Kementerian Kewangan Malaysia

No Kem. Kewangan : 357-02038679(Taraf Bumiputera)

-080200 Makanan Mentah Basah
-080300 Makanan Mentah Kering
-080501 Makanan Mermasak Islam
-020101 Perabut
-020201 Mesin-mesin Pejabat
-040100 Alat Perhubungan
-221502 Media Cetak(Tidak Termasuk Kerja Pencetakan)
-020102 Permaidani/Ambar
-020500 Peralatan Pencucian & Pembersihan
-040200 Alat Bantuan Mengajar
-130100 Kelengkapan/Kemudahan Awam
-180100 Mesin Dan Kelengkapan Bengkel
-210104 Software Product And Services
-210105 Other Computer Related Services
-220401 Mencuci Bangunan
-220402 Membersih Kawasan
-220403 Mengangkat Sampah

B) LESEN FELDA HOLDING BHD.

No Rujukan Pendaftaran : B-110703569-02

Kod Bidang :

- 0302 Alat Kelengkapan Pejabat & Kediaman
- 0304 Peralatan/Perhubungan Komunikasi
- 0501 Hardware & Software
- 0502 Network
- 0504 Servis

ORGANISASI SYARIKAT

Juru Teknik
Bahagian Pembekalan
Pengurusan dan Kewangan
Penyelia Pembinaan
Kerani Am
Pengarah Urusan

ZNIC Creative Center menyediakan perkhidmatan berhubung kait dengan membekal,menyediakan dan membangun beberapa bidang yang berkaitan dengan komputer seperti perkakasan dan perisian. Terdapat beberapa cabang utama perkhidmatan yang di tawarkan oleh syarikat ini seperti

Ä Membekalkan Perkakasan Komputer dan Peralatan Rangkaian Setempat
Ä Menyediakan perkhidmatan baik pulih komputer
Ä Pembangunan Perisian dan laman Web
Ä Menyediakan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran berkomputer.
Ä Membekal Makanan Bermasak Islam

ZNIC Creative Center menjangkakan potensi yang cerah bagi perniagaan ini berdasarkan perkara-perkara tersebut:

1.1 Potensi pasaran yang luas ekoran kesedaran tinggi masyarakat akan kepentingan komputer ketika ini.

1.2 Galakan kerajaan melalui skim promosi yang berterusan juga memperkembangkan potensi perniagaan ini.

1.3 Perkembangan industri yang mengharapkan kepada teknologi yang lebih pantas dan cekap. Situasi ini dijangka memperkembangkan lagi potensi perniagaan kami di masa hadapan.



ZNIC Creative Center mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan perkakasan komputer, pemasangan rangkaian setempat, pembangunan perisian dan laman Web serta penyediaan pengajaran dan pembelajaran komputer.

Dengan tenaga kerja yang mencukupi disamping perancangan pengambilan tenaga kerja secara kontrak professional dan mahir mengikut keperluan semasa,syarikat menyediakan plotrom kepada kakitangan yang ingin mendalami sesuatu bidang melalui kursus-kursus singkat yang disertai.

Selain kerja-kerja pemansangan dan pembangunan , pemantauan kepada hasil kerja akan dilakukan dari masa ke semasa bagi memastikan tiada masalah berbangkit dikemudian hari. Ini bagi memastikan pelanggan berpuashati dengan perkhidmatan yang di tawarkan.

Perkhidmatan selepas jualan memberikan peluang kepada pengguna untuk mendapatkan khidmat sampingan dan tunjuk ajar jika berlaku sesuatu masalah yang berbangkit.

Seiring dengan potensi ICT di dalam percaturan dunia di masa hadapan begitulah ukuran kepada daya maju perniagaan ZNIC Creative Center. Dengan jangkaan keuntungan yang positif dan potensi lokasi perniagaan yang merupakan pusat sehenti di masa hadapan. Potensi daya maju perniagaan adalah amat tinggi dan sukar untuk dinafikan. Rancangan perniagaan ini merupakan blueprint kepada proses perkembangan daya maju perniagaan.


MAKLUMAT KEWANGAN

Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad,
Cawangan Kota Tinggi,
Tingkat Bawah,
No 16 Jalan Ibrahim,
81900 Kota Tinggi, Johor
No Tel : 07-8835582

Alamat : Kota Tinggi,Johor

Jenis Akaun : Akaun Semasa

No Akaun : 01069010009862

PROJECT REFERENCE

1. GIAT MARA(KOTA TINGGI) MALAYSIA

2. GIAT MARA(SEDILI) MALAYSIA

3. GIAT MARA(PENGERANG) MALAYSIA

4. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

5. JABATAN AGAMA NEGERI JOHOR

6. PUSAT KEGIATAN GURU PENGERANG

7. PUSAT KEGIATAN GURU KOTA TINGGI

8. PUSAT KEGIATAN GURU BANDAR MAS

9. PEJABAT PELAJARAN DAERAH KOTA TINGGI DAN MUAR

10.PEJABAT PENILAI DAERAH KOTA TINGGI

11. PEJABAT DAERAH KOTA TINGGI

12. MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

13. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

14. SOUTHERN WATER CORPORATION SDN BHD

15. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA JOHOR

16.PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) BATU PAHAT

17.MEDAN JUARA SDN. BHD(ANAK SYKT. PPNJ)

18. MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI

19. KOPERASI FELDA AIR TAWAR 2 BERHAD

20.KOPERASI FELDA AIR TAWAR 3 BERHAD

21. KOPERASI SIMPANG WAHA BERHAD

22. KOPERASI GUGUSAN LOK HENG BARAT/TIMUR/SELATAN

TRACK RECORD

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

1. Color Video Camera PTZ and Accessories – Pej Canselori (RM 165,000.00)

2. Aplhanet Software – Pejabat Am, FKEE (RM 1,780.00)

3. LumiPad Electronic Writing Board – Perpustakaan (RM 1,500.00)

4. Canon Printer – Pej Bendahari (RM 6,798.00)

5. Printer Services – Pejabat Am, FKMP (RM 260.00)

6. Citizen Electronic Calculator, Perpustakaan (RM 325.00)

7. Service and Calibration Point Load Tester – Makmal Geologi, FKAAS

(RM 2,600.00)

8. Cartridge for Printer HP OfficeJet Pro – PIBT Canselori (RM 1,957.00)

9. Membaikpulih Information System – PTM (RM 5,050.00)

10.Epson A3 size Scanner – PIBT Canselori (RM 4,995.00)

11. Membekal notebook FTEC, Sekolah Men. Keb. Dato’ Abdul Rahman

Andak (RM 3,200.00)

12. Renovation, piping water chiller exhaust, tubing and etc. for XRD & XRF system – Bruker (M) Sdn. Bhd. (RM 23,050.00)

13. Membekal Banjar Red Arowana – Perpustakaan (RM 400.00)

14. Membaikpulih printer Epson & HP – Pej. Am, FKMP (RM 950.00)

15. Membekal peralatan pejabat seperti Troli, Notice foam board dll –

Perpustakaan (RM 4,673.00)

16.Customized Electronic Message Board – Perpustakaan (RM 9,990.00)

17.Large format Printer – Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan

Pembuatan (RM 34,999.00)

18.Service and repair printer, perabut, peralatan makmal – Fakulti

Awam dan Alam Sekitar

19. Canon laser Printer A3 size – Pusat Pendidikan Berterusan

(RM 3,800.00)

20.Notice Foam Board – Pusat Pengajian Siswazah (RM 190.00)

21. Black & Decker Pivot Driver & Panasonic Cordless Phone – Perpustakaan

(RM 735.00)

22.Repairing Derfard Triac VMC Desktop CNC Machine – FKMP (RM 8,500.00)

23. Computer Table & chair – Bruker (M) Sdn Bhd (RM 726.00)

24. Kennametal Milling Cutter – Pusat Penyelidikan dan Inovasi

(RM 2,985.00)

25. Half Glass partition – Rozza Raf (RM 2,580.00)

26. Penyangkut Jubah utk. Konvokesyen – Pejabat Penbangunan dan

Pengurusan Hartabina (RM 2,250.00)

27. Citizen Wall Clock - Pejabat Penbangunan dan Pengurusan Hartabina

(RM 2,050.00)

28. Membaikpulih Almari Kaca & servis printer HP – FKAAS (RM 2,120.00)

29. Decorative Panel Board – Pepustakaan (RM 8,000.00)

30. Pakej Peralatan utk. LDK – Pusat Kaunseling dan Pembangunan Pelajar (RM 1,784.00)

31. Acer Notebook – Perpustakaan (RM 4,300.00)

32. Penyelenggaraan dan baikpulih Panasonic LCD Projector – Pejabat

Pengurusan Kualiti & Perancangan Korporat (RM 880.00)

33. Meja Mesyuarat dan Kerusi – Pusat Pendidikan Berterusan

34. Service HP Color laserjet printer & Pundit Plus – FKAAS (940.00)

35. FTEC Notebook – Penjara Simpang Renggam (RM 5,000.00)

36. Meeting Table, Medium back chair & Drafting chair – PPB (RM 4,615.00)

37. Repair Peti sebutharga, paper tray, calculator – Pej. HEP (RM 734.00)

38. Plaxis Dynamic Software – JTKA, FKAAS (RM 8,700.00)

39. Butterfly Mixer – FKMP (RM 4,500.00)

40. Office Partition – Pusat Pendidikan Berterusan (RM 7,700.00)

41. Portable Editing Machine – Makmal Video Elektronik, FKEE

(RM 2,600.00)

42. Memindah, mengubahsuai Meja Mesyuarat di Bilik Seminar 3 & 4,

Kompleks Teknologi FKEE (RM 6,700.00)

43. 3M Tattle Tape Security Strips – Perpustakaan (RM 9,200.00)

44. Menyelenggara Nikon SB800 Camera Flash & Nikon D100 Camera – PJBT Canselori (RM 1,350.00)

45. Membekal Peralatan Makmal – Jab. Kejuruteraan Mekanik, FKMP

(RM 1,400.00)

46. Membekal ABS Coin Locker – Perpustakaan (RM 9,000.00)

47. Membekal Troli Buku – Perpustakaan (RM 3,290.00)

48. Membekal Customized Frame Module – Makmal Penguji & Pengukur, FKEE (RM 3,675.00)

49. Membaikpulih dan servis HP DeskJet 1220C Printer – Makmal

Komputer, JTKA, FKAAS

50. Membekal HP Q6407A Black Toner – Pejabat Am, FKAAS (RM 449.00)

51. Membekal Cenderamata untuk Pelajar Baru – Pejabat Am, FKEE

(RM 1,160.00)

52. Memindah, mengangkat dan menyusun atur semua perabut, buku2 dan peralatan Perpustakaan ke bangunan baru – Perpustakaan Kampus Bandar (RM 6,400.00)

53. Membaikpulih dan servis Point Load Test – JKGP, FKAAS (RM 2,020.00)

54. Membekal Komputer Peribadi dan Canon Pixma MX850 Printer – Pusat

Penyelidikan & Inovasi (RM 5,555.00)

55. Membekal Partition, Meja Komputer, Kerusi Komputer – Makmal

Multimedia, Fakulti Teknologi Maklumat & Multimedia (RM 15,396.00)

56. Membekal, membuat peralatan makmal – Fakulti Mekanikal &

Pembuatan (RM 3,500.00)

57. Membaikpulih & servis HP Laserjet Printer, HP & Philips LCD Monitor – Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (RM 1,940.00)

58. Membekal dan memasang partition & gypsum board ke bilik seminar 3

& 4 Fakulti Kejuruteraan Elekrik & Elektronik (RM 31,730.00)

59. Membekal & memasang partition ke pejabat Pusat Pendidikan

Berterusan (RM 2,595.00)

60. Membekal Data Logger with Dual input with software – Pusat

Penyelidikan & Inovasi (RM 2,535.00)

61. Membekal Micropaver 5.2 Pavement management software – Pusat

Penyelidikan & Inovasi (RM 2,422.00)

62. Membekal Pelbagai jenis Cartridge & Toner – FKAAS (RM 46,897.00)

63. Membaikpulih & servis pelbagai jenis LCD Projector (RM 15,750.00)

64. Conference Desk, Fabric Chair, Settee Coffe Table & Bar Stool Chair – FPT (RM 8,330.00)

65. Information Display System - Perpustakaan (RM 7,500.00)

66. Maintenance of Sony & Panasonic Professional Video Camcorder,

Panasonic LCD Projector and Sony Camcorder – Makmal Video, FKEE

(RM 7,220.00)

67. 2 units Panasonic Micro portable projector and Motorized screen –

FKMP (RM 11,720.00)

68. Membekal Panasonic XGA LCD Projector – FKMP (RM 3,700.00)

69. Membekal 3M Digital Projector (2 unit) – Fptek (RM 9,398.00)

70. Membekal Superform Hand pallet Truck – Recess (RM 995.00)

71. Membekal 3M Digital Projector WX20 (2 unit) – FKMP (RM 9,000.00)

72. Membekal, memasang & memindahkan partition – Pejabat Am, FKAAS

(RM 9,954.00)

73. Membekal Toner Cartridge untuk HP & Canon Printer – Pejabat Am,

FKAAS (RM 3,636.00)

74. Membekal Casio Graphic Calculator & Sony CD-RW – PPI (RM 730.00)

75. Membekal Apacer Handy Drive (5 unit) – Pej. Penerbit (RM 275.00)

76. Membekal Apple MacBook & Apple iPod Touch – PPI (RM 9,270.00)

77. Membekal Acer Notebook (3 unit) – PPI (RM 8,970.00)

78. Menyelenggara dan servis HP Printer – Pej. Am, FKMP (RM 350.00)

79. Membekal HP All-in-One Printer – (RM 490.00)

80. Menyelenggara, servis & Calibrate Point Load Tester – FKAAS

(RM 4,500.00)

81. Menyelenggara 3M Digital Wall Display – PTM (RM 8,950.00)

82. Membekal Hitachi LCD Projector (2 unit) – PPH (RM 9,739.00)

83. Membekal Structural Modeling Software & Win DCP – FKAAS

(RM 8,250.00)

84. Membekal Seagate External HDD (5 unit) – Pej. Penerbit (RM 1,300.00)

85. Menyelenggara, Servis HP LaserJet Printer (3 unit) – FKAAS (RM 645.00)

86. Membekal Aluminium Stepladder, Canon Calculator & Ext. cable – Pej.

Am, FKAAS (RM 620.00)

87. Menyelenggara, menaiktaraf & servis Non Linear Editing System

(2 unit) – Makmal Video, FKEE (RM 9,480.00)

88. Membekal Printhead, Ink Cartridge & Paper untuk HP Plotter DesignJet

4500 MPF (2 set) – FKAAS (RM 8,522.00)

89. Membekal Full Fabric Partition c/w bottom trunking, Low Back Chair,

Tanda nama di pintu & Partition – FPT (RM 3,875.00)

90. Membekal Toner Cartridge HP & Canon ke Pejabat Am, FKAAS

(RM 9,875.00)

91. Membaikpulih, servis dan memindahkan 3M Digital Wall Display (2 unit)

dan eksesori – FPT (RM 3,580.00)

92. Membekal Softboard bercermin & tidak bercermin serta Berkunci

(68 unit) – FKMP (RM 18,101.00)

93. Membekal & Memasang Panasonic Panaboard UB8325 – FPTek

(RM 9,600.00)

94. Membekal Samsung External HDD & LG External DVD-RW – Pej. PNC

(RM 534.00)

95. Membekal & Memasang Partition – Pej. Pengajian Siswazah

(RM 9,873.00)

96. Membekal & Memasang Roller Shutter – Pej. Pengajian Siswazah

(RM 895.00)

97. Membekal 1 set HP Color LaserJet 2250N Drum & Gold Wire – Pej.

Penolong Naib Canselor (PIP) (RM 3,890.00)

98. Membekal Tanda nama untuk Pejabat Pusat Pengajian Siswazah

(RM 1,858.00)

99. Membuat, membekal & mengahantar Workbench & Chair – Fakulti

Pendidikan Teknikal (RM 24,064.00)

100. Membekal & menghantar 500kN Load Cell – FKAAS (RM 9,600.00)

101. Membekal P-Touch Labeling Tape – HEP (RM 9,650.00)

102. Membekal & menghantar 10 set 3 seater Link Chair – HEP (RM 9,380.00)

103.Membekal & menghantar komponen elektronik – FPTek (RM 5,507.00)

104. Menyelenggara 3M Digital Wall Display – PTM (RM 9,300.00)

105. Membekal & Menghantar 3 unit Bosch Laser Range Finder – FPT

(RM 2,055.00)

106. Membekal peralatan makmal – Makmal Pemacu Mesin Elektrik, FKEE

(RM 9,314.70)

107. Membekal, memasang Panasonic Panaboard (Interactive) – Pejabat

Am, FPTek (RM 9,600.00)

108. Membekal HP CC531A, CC532A, CC533A, Q5949A, Q2613A & Canon

PG40 Cartridge Toner – Pejabat Pusat Pengajian Siswazah (RM 7,888.00)

109. Membekal Panasonic 32” LCD TV & Pioneer Home Theatre – PPNC

(HIM) (RM 3,298.00)

110. Membekal peralatan Makmal – Pej. PNC (PIP) (RM 4,777.00)

111. Membekal Acer Notebook – Perpustakaan (RM 2,300.00)

112. Membekal Toshiba Notebook, Canon Pixma Printer & 500GB ext. HDD

- Pej. PNC (PIP) (RM 3,498.00)

113. Membekal Power Punch, Flip Chart & Key Rack – Pejabat

Antarabangsa (RM 1,073.00)

114. Membekal Garmin GPS Navigator – Pej. PNC (UPA) (RM 1,499.00)

115. Membekal Fujiaire Portable Aircond (5 unit) – Pej. Pengurusan

Akademik (RM 7,250.00)

116. Menyelenggara, membekal & menukar LCD Projector Lamp (11 unit)

- Jab. Sains & Matematik, FKEE (RM 17,590.00)

117. Membekal kotak (utk pemindahan buku) 3500 kotak – Perpustakaan

(RM 8,575.00)

118. Menyelenggara, membekal & menukar parts 3M Digital Wall Display

- FPT (RM 7,739.00)

119. Kerja-kerja pendawaian semula bagi Video system & CCTV – Masjid

UTHM (RM 4,425.00)

120. Penyelengaraan Point Load Tester (3 unit) Pundit Plus (1 unit) –FKAAS (RM 5,355.00)

121. Membekal kotak (penambahan) 1000 kotak – Perpustakaan

(RM 2,450)

122. Membekal peralatan makmal utk kursus CCTV – Pej. PNC (HIM)

(RM 2,307.20)

123. Membekal Hitachi Wireless LCD Projector & Paper Cutter Machine –

WARAS FKEE (RM 6,900.00)

124. Membuat Pendawaian semula utk. LCD Projector – FSSW (RM 598.00)

125. Membekal UPS, Samsung HDD 160GB, 120GB & Power cable – FTMM

(RM 3,910.00)

126. Membekal Compaq LCD Monitor, Samsung 500GB HDD, LG Optical

Drive Blue Ray & Blue Ray Disk – FTMM (RM 5,550.00)

127. Membekal peralatan Makmal – Pej. PNC (RM 9,554.00)

128. Menyelenggara Komputer (3 unit) – FKAAS (RM 1,410.00)

129. Membekal dan membuat Customized Cabinet & Peti Sebutharga Pst.

Pengajian Diploma (RM 5,668.00)

130. Membaik Pulih Panasonic LCD Projector – FSSW (RM 1,390.00)

131. Membekal HP Proliant DL160 Server & Network cabling – FPTPK

(RM 9,899.00)

132. Membekal DSB Paper Shredder WSD 400E – EMC Centre, FKEE (RM 5,540.00)

133. Menyelenggara & baik pulih Printer HP – PTM (RM 450.00)

134. Kerja2 pemasangan dinding sesekat gybsum board & pendawaian LCD

Projector – FSSW (RM 3,500.00)

135. Pembekalan & Latihan utk UBS Accounting Software – FPT

(RM 14,400.00)

135. Membekal Single & Three Phase Measurement Equipments – FKEE

(RM 177,600.00)

136. Membekal Sekonic Light Meter – FKAAS (RM 2,500.00)

137. Menyelenggara Canon Video Camera – FKAAS (RM 1,500.00)

138. Membekal Canon Multifunction Printer, Canon Inkjet Photo Printer & External Hardisk 1TB – FKAAS (RM 3,990.00)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA JOHOR

1. Membekal Perabut di Dewan Makan Ulam Raja dan Sri Pegaga

(RM 60,360.00)

PEJABAT PELAJARAN DAERAH BATU PAHAT

1. Membekal Peralatan Pejabat dan Alatulis (RM 5,000.00)

SOUTHERN WATER CORPORATION SDN BHD

1. Membekal HP Color LaserJet Printer, Pouch Laminator (RM 2,850.00)

2. Membekal Toner cartridge untuk HP laserJet printer (RM 1,364.00)

3. Membekal Canon Toner Cartridge FX3 – 10 unit (RM 3,190.00)

4. Membekal Canon Phone Set & HP Toner Q6000A – 3 unit (RM 1,268.00)

5. Membekal Canon Cartridge PG-40, CL-41, Fax Ink Film & Ribbon Typewriter (RM 1,445.00)

6. Membekal Canon Cartridge Toner FX-3 – 10 units (RM 3,150.00)

7. Membekal Canon Cartridge Toner 307 - 15 units (RM 4,530.00)

8. Membekal HP Color Printer CM1015 Cartridge – 4 sets (RM 4,980.00)

9. Membekal Canon Cartridge – 19 units (RM 4,167.00)

10. Membekal Samsung CLP300 Cartidge – 17 units (RM 4,100.00)

11. Membekal Alatulis, HP Cartridge 1020, C7115 dll – (RM 2,303.00)

12. Membekal Canon Cartridge PG-40 & CL-41 – (RM 3,480.00)

13. Membekal HP Cartridge Q2612A & Canon FX3 – (RM 2,637.00)

14. Membekal Alatulis, Cartridge, Pendrive dll – (RM 1,452.00)

15. Membekal Alatulis, Cartridge dll – (RM 1,373.00)

16. Membekal Alatulis, Cartridge dll – (RM 1,613.00)

17. Membekal Alatulis, Cartridge dll – (RM 1,514.50)

18. Membekal Canon Cartridge FX3 – 6 unit (RM 1,740.00)

19. Membekal Canon Cartridge FX3 & PG40 – 15 unit (RM 2,200)

20. Membekal Alatulis, Cartridge dll – (RM 1,560.30)

21. Membekal Alatulis, Cartridge dll – (RM 1,303.60)

22. Membekal Alatulis, Cartridge dll – (RM 1,113.30)

23. Membekal Alatulis, Cartridge dll – (RM 1,439.60)

24. Membekal Alatulis, Cartridge dll – (RM 534.50)

25. Membekal Alatulis, Cartridge dll – (RM 2,175.50)

26. Membekal Alatulis, Cartridge dll – (RM 1,702.00)

27. Membekal Alatulis, Cartridge dll – (RM 1,007.80)

28. Membekal Alatulis, Cartridge dll – (RM 1,314.90)

29. Membekal Pelbagai HP & Canon Cartridge – (RM 5,822.00)

30. Membekal Alatulis, Cartridge dll – (RM 586.10)

31. Membekal Alatulis, Cartridge dll – (RM 1,939.00)

32. Membekal Alatulis, Cartridge dll – (RM 1,113.30)

33. Membekal Alatulis, Cartridge dll – (RM 1,439.60)

34. Membekal Samsung Cartridge & Alatulis – (RM 1,947.00)

35. Membekal Pelbagai jenis Alatulis – (RM 848.50)

36. Membekal Canon FX3 & PG 40 – (RM 2,490.00)

37. Membekal Pelbagai Alatulis & Canon Cartridge BX3, PG40 – (RM 969.40)

38. Membekal Alatulis & Canon 307, PG40, CL41 Cartridge –

(RM 2,123.20)

39. Membekal Alatulis & Canon FX3, HP C7115A Cartridge – (RM 1,406.90)

40. Membekal Alatulis & Canon PG40, HP C7115A – (RM 2,666.60)

41. Membekal Alatulis, Canon Calculator & Canon PG40 – (RM 1,770.00)

42. Membekal Alatulis, Canon PG40 & EP22 Cartridge – (RM 794.00)

43. Membekal Alatulis, Canon Cartridge 307, PG40 & CL41 – (RM 2,245.80)

44. Membekal Alatulis – (RM 629.00)

45. Membekal Alatulis, Canon PG40 & HP Q2612A Cartridge – (RM 1,590.00)

46. Membekal Alatulis & Pendrive – (RM 503.70)

47. Membekal Cartridge HP Q6000A, Q6001A, Q6002A, Q6003A, Canon PG40, Canon FX3 – (RM 4,652.00)

48. Membekal Alatulis, Canon PG40, EP22 & HP Q2612A) – (RM 1,742.00)

49. Membekal alatulis & Canon Cartridge PG40 – (RM 1,176.00)

50. Membekal alatulis & Canon cartridge FX3, LBP 2900 & HP C7115A – (RM 2,124.00)

51. Membekal alatulis & Canon Cartridge PG40, CL41, 307 – (RM 1,984.70)

52. Membekal alatulis & Canon Cartridge PG40, CL41, 303, 307 – (RM 2,344.90)

53. Membekal Samsung cartridge CLX 2160 (B,C,Y,M) & HP C7115A – (RM 2,365.00)

54. Membekal alatulis & Canon PG40 – (RM 1,375.30)

PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) BATU PAHAT

1. Membuat Pendawaian semula dan kerja-kerja penyelenggaraan di Hostel

(RM 13,300.00)

1. Membuat Pendawaian semula untuk P.A system dan Audio Visual di

Dewan Besar (RM 18,770.00)

PEJABAT PENILAI DAERAH MUAR

1. Pembekalan & pemasangan partition pejabat termasuk pendawaian soket 13amp, telefon & network line. (RM 19,996.00)

2. Pembekalan & pemasangan partition utk 2 set. (RM 4,687.00)

Pemindahan server serta pendawaian sem

PUSAT KEGIATAN GURU DAERAH KOTA TINGGI

1. Kontrak berpusat bagi kerja-kerja perkhidmatan penyenggaraan peralatan ICT (RM 7,995.00)

2. Kontrak Berpusat bagi kerja-kerja penyenggaraan peralatan ICT (RM 35,000.00)

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI

1. Kontrak bagi kerja-kerja perkhidmatan penyenggaraan peralatan ICT (RM 33,218.53)

KULIM ( M ) BERHAD

1. Kontrak bagi kerja-kerja mebekal pakaian uniform pekerja (RM 3,698.00)

2. Kontrak bagi kerja-kerja membekal pakaian koprat ( RM 5,000.00 )

PEJABAT AHLI PARLIMEN TENGGARA

1. Membekal Baju Koprat, T-Shirt, Topi serta bersulam

( RM 15,000.00 )


Pakej Umrah 1429 H / 2008 M

BULAN MAC 2008

SV EX-SIN RM 4255 10H/8M
EX-SIN RM 4550 13H/11M

SV EX-SIN RM 4340 10H/8M
EX-SIN RM 4480 13H/11M

SV EX-SIN RM 4480 10H/8M
RM 4650 15H/13M
RM 4780 13H/11M

ISTEMEWA CUTI SEKOLAH( BULAN MEI )

SV EX-SIN RM 4750 13H/11M
RM 4950 15H/13M
RM 5480 15H/13M

SQ EX-SIN RM 5650 13H/11M
RM 5890 13H/11M

ANDA TIDAK AKAN TERASA PENAT LAGI. PENERBANGAN DARI SINGAPURA TERUS KE JEDDAH DENGAN PESAWAT SAUDI AIRLINES(SV) DAN SINGAPORE AIRLINES (SQ).

HARGA DAN PROGRAM ADALAH TERTAKLUK PADA PERUBAHAN SEMASA TANPA SEBARANG NOTIS, BERPANDUKAN PADA JADUAL HARGA TIKET, JENIS PENERBANGAN DAN PERTUKARAN MATAWANG SAUDI RIAL.

# PENDAFTARAN BADAL HAJI 1429 H DIBUKA SEKARANG RM 2,000.00.